Sabtu, 2010 Januari 23

Cabaran Baru Di Sekolah Baru

Pertama sekali ucapan takziah diucapkan kepada bekas murid aku Fahmi dan Husaini kerana pemergian ayah tersayang pada 22 Jan 2010 yang lalu...Al Fatihah.

Sudah 3 minggu aku dipostingkan di SMK Changkat Lada. Sudah pasti persekitaran yang agak berbeza berada di sekolah menengah dan sekolah rendah. Namun aku gembira kerana guru-guru PPKI SMK Changkat Lada semuanya baik dan peramah. Murid-murid juga agak mudah dikawal dan diajar. Cuma yang tidak seronok hanya persekitaran yang agak berbeza. PPKI agak terasing dengan aliran perdana. tidak seperti di SK Changkat Lada 3 yang mempunyai hubungan yang akrab antara aliran perdana dan PPKI. Aku cuba nak membiasakan keadaan itu. Apa yang penting adalah aku mencurahkan  bakti kepada anak murid ku yang amat istimewa.

Jumaat, 2009 November 06

Terma Kasih Pensyarah

Tempoh setahun di maktab telah sampai ke kemuncaknya. Pelbagai perasaan yang bermain dalam jiwa. Sedih, gembira, risau dan segala macam lagi. Sering tertanya dalam hati adakah aku mampu menjadi seorang pendidik yang berjaya? Namun berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan oleh semua pensyarah akan dijadikan bekalan sepanjang kerjaya ini. Sungguh tidak ternilai segala bakti dan ilmu yang dicurahkan oleh mereka. Terima kasih wahai pensyarah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Anuar, En. Milatu Samsi, En. Aziz, En. Azhar, Puan Satariah, Puan Sapiah dan seluruh warga pendidik IPG Kampus Ipoh. Hanya Allah saha yang dapat membalas segala budi dan jasa kalian. Berdoalah untuk kami supaya kami tabah menghadapi dugaan yang mendatang apabila bergelar sebagai GURU kelak.

Khamis, 2009 Oktober 08

Rakan Setugas Masa Praktikal.

Ramai yg single tu

Isnin, 2009 Oktober 05

Anak-Anak Pendidikan Khas Terlalu Istimewa

Pernahkan kita berfikir kenapa Allah melahirkan kanak-kanak istimewa ini ke muka bumi ini? Sedangkan kita tahu bahawa terlalu peritnya hidup mereka untuk menempuh liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Pernahkah kita menilai diri kita apabila melihat kehidupan mereka? Adakah kita merasa apa yang mereka rasa? Mari kita renungkan bersama.
Allah melahirkan mereka ini untuk kita sebagai manusia yang dilahirkan cukup sifat dan penuh dengan kesempurnaan ini bermuhasabah diri kita ini. Allah mahukan kita memanjat kesyukuran terhadap apa yang telah diberikan kepada kita. Tetapi adakah kita bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Allah?
Selama tiga bulan bersama dengan kanak-kanak ini di SK Changkat Lada 3, aku telah banyak menghitung dan menilai diri ini. Saya belajar dari mereka, aku muhasabah diri yang cukup penuh dengan kehinaan ini. Kadangkala sebak rasa di hati apabila merenung jauh nasib diri ini. Anak-anak ini pastinya telah dijanjikan syurga oleh Allah walaupun diri mereka serba kekurangan. Tetapi adakah aku dapat mencium bau syurga seperti mereka. Aku dilahirkan cukup segala sifat, normal, mempunyai akal dan fikiran yang jauh lebih baik dari mereka. Tetapi aku masih lagi kabur akan nasib aku di akhirat kelak. tidak seperti anak-anak ini yang pastinya memperolehi nikmat ini di akhirat nanti. untungnya mereka. Hari ke hari aku cuba memperbaiki diri ini. Apabila terkenangkan mereka makin kuat naluriku untuk berubah. Terima kasih anak-anak yang terlalu istimewa.
Namun aku masih lagi terkilan apabila masih ada ibu bapa yang tidak bersyukur atas nikmat tuhan apabila dianugerahkan anak-anak yang istimewa ini. Tidakkah mereka sedar bahawa doa anak-anak ini tiada hijabnya? Doa mereka adalah dimakbulkan Allah. Pelbagai karenah ibu bapa yang dapat aku kesan sepanjang berada di sekolah. Ada sebahagian ibu bapa yang hanya mengharap duit saguhati OKU yang diberikan untuk anak-anak untuk dibelanjakan sesuka hati. Ada ibu bapa yang masih lagi melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh ibu bapa walaupun mendapat anak-anak yang kurang sifat ini. Sedih mengenagkan nasib mereka ini. Ya Allah bukakanlah pintu hati mereka.
Mulai hari ini aku akan bertekad untuk membantu mereka dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Amanah yang terlalu besar nilainya. Ya Allah aku memohon padamu tetapkanlah iman ku untuk aku berbakti kepada anak-anak istimewa ini semata-mata keranaMu Ya Allah. Janganlah Kau jadikan aku manusia yang lupa dari tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Rahmatilah segala tugas yang ku lakukan. Limpahkanlah kasih sayang Mu dan permudahkan segala urusan ku Ya Allah. Berikanlah kebahagian kepada anak-anak istimewa ini. Hanya padaMu lah aku memohon petunjuk dan keredhaan.amin yarabbal alamin.

Ilmu, Iman dan Amal

Moto ilmu, iman dan amal merupakan satu pegangan yang harus dipegang oleh semua guru. Ini kerana melalui pengamalan moto ini guru-guru pastinya akan dapat melaksanakan tugas sebagai guru yang akan mendapat seribu kerahmatan dari Allah s.w.t. Seorang guru bukanlah hanya ditugaskan sebagai pendidik sahaja namun ianya mencapai satu tanggungjawab yang lebih besar. Berbekalkan pegangan ilmu iman dan amal ini sudah pasti guru dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih jaya dan bertanggungjawab. Pastinya di luar sana masih ramai dikalangan guru yang bekerja hanya utnutk mendapatkan gaji bulanan tanpa memikirkan tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Oleh sebab itulah ramai guru yang masih mengeluh dengan tanggungjawab yang diamanahkan. Itu telah menunjukkan bahawa konsep ilmu iman dan amal masih belum utuh dikalangan hati para guru. Harus diingat dengan ilmu yang sedikit yang dicurahkan kepada anak-anak murid, pahala yang dicurahkan seumpama air yang mengalir tanpa putus. Ayuh para guru dan bakal guru kita bangun menjalankan tanggungjawab kita dengan penuh amanah dan teguhkan iman serta beramallah semoga Allah memberi rahmat kepada kita. Insyaallah.

Sabtu, 2009 September 26

bermulalah kembali hidup sebagai pelajar

dah cukup dah 3 bulan jalani praktikal.em masuk maktab balik perah otak balik.em xpe la tinggal. beberapa bulan je lagi. tahun depan kalau takde masalah bergelarlah diri ni sebagai cikgu amir secara rasmi.doakan aku berjaya

Jumaat, 2009 September 18

 
Salam Aidilfitri 
Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari tanda memohon seribu kemaafan kepada semua kenalan seandainya sepanjang perkenalan kita ada yang mengguriskan hati. Mana yang tahu rumah saya jom la datang raya rumah saya. Kepada guru-guru SKCL 3 jasa dan budi baik anda akan dikenang sehingga akhir hayat.