Sabtu, 26 September 2009

bermulalah kembali hidup sebagai pelajar

dah cukup dah 3 bulan jalani praktikal.em masuk maktab balik perah otak balik.em xpe la tinggal. beberapa bulan je lagi. tahun depan kalau takde masalah bergelarlah diri ni sebagai cikgu amir secara rasmi.doakan aku berjaya

Jumaat, 18 September 2009

 
Salam Aidilfitri 
Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari tanda memohon seribu kemaafan kepada semua kenalan seandainya sepanjang perkenalan kita ada yang mengguriskan hati. Mana yang tahu rumah saya jom la datang raya rumah saya. Kepada guru-guru SKCL 3 jasa dan budi baik anda akan dikenang sehingga akhir hayat.

 

Sabtu, 12 September 2009

ni la anak murid aku kt kelas E.manja giler ngan aku. yg tepi kanan tu Mira, sebelah kiri tu Wan dan depan tu Ain.

Ahad, 6 September 2009

Diana Dalyla...seorang guru kaunseling di SK Khir Johari Bagan Datoh. Seorang sahabat yang baru sahaja aku kenal.Seorang yang lemah lembut dan mempunyai keazaman yang utuh dalam kerjaya.

Tibanya Lebaran Membawa Seribu Rahmat...

Setelah sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa dengan penuh tabah dan sabar, tibalah masanya Allah memberikan satu keistimewaan yang cukup hebat bagi mereka iaitu Aidilfitri. Sudah pastinya inilah bulan yang dinantikan. Namun pastinya kesedihan juga terpancar kerana akan meninggalkan Ramadan yang penuh dengan ganjaran dan berkat. adakah kita berpeluang untuk menempuh Ramadan pada tahun hadapan? Wallahualam. hanya tuhan yang tahu. 
Hanya insan yang menjalani Ramadan dengan penuh khusyuk dan ihlas akan merasakan kehilangan Ramadan dan kegembiraan tibanya Syawal. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger.....

Sedihnya nak tinggalkan sekolah....

Hanya tinggal dua minggu je lagi aku akan menamatkan latihan praktikal di SK Changkat Lada 3. Perasaan ku bercampur baur,nak kata gembira tapi sedih. Gembira sebab kembali berjumpa rakan-rakan maktab tapi sedih nak tinggalkan anak murid tersayang dan guru-guru yang terlalu sporting. Aku harap dapat berjumpa lagi dengan rakan-rakan di sekolah. Abg Zam, Amin, Ihkwan, Halimah, Sazila, Ira, Mizah, Kak Shida, Aida, Kak Ros, Kak Yang dan Ustaz Wan aku ucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Jasa semua tidak akan aku lupakan. Doakan aku lulus dan ditempatkan di sekolah yang persekitarannya seperti SK Changkat Lada 3. apa pun SK Changkat Lada 3 is the best school i had been. chayok chayok SK Changkat Lada 3.

Rabu, 2 September 2009

Guru-Guru Cun Pendidikan Khas Changkat Lada 3


Em ni la gadis-gadis yang peramah dan selalu kene usik ngan aku.em pasni aku mesti rindu usik korang terutamanya ikhwan nur.tq kerana bagi aku n kwn2 suasana yang seronok kat sekolah.

Guru-guru cun SK Changkat Lada 3