Sudah 3 minggu aku dipostingkan di SMK Changkat Lada. Sudah pasti persekitaran yang agak berbeza berada di sekolah menengah dan sekolah rendah. Namun aku gembira kerana guru-guru PPKI SMK Changkat Lada semuanya baik dan peramah. Murid-murid juga agak mudah dikawal dan diajar. Cuma yang tidak seronok hanya persekitaran yang agak berbeza. PPKI agak terasing dengan aliran perdana. tidak seperti di SK Changkat Lada 3 yang mempunyai hubungan yang akrab antara aliran perdana dan PPKI. Aku cuba nak membiasakan keadaan itu. Apa yang penting adalah aku mencurahkan bakti kepada anak murid ku yang amat istimewa.