Ahad, 6 September 2009

Tibanya Lebaran Membawa Seribu Rahmat...

Setelah sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa dengan penuh tabah dan sabar, tibalah masanya Allah memberikan satu keistimewaan yang cukup hebat bagi mereka iaitu Aidilfitri. Sudah pastinya inilah bulan yang dinantikan. Namun pastinya kesedihan juga terpancar kerana akan meninggalkan Ramadan yang penuh dengan ganjaran dan berkat. adakah kita berpeluang untuk menempuh Ramadan pada tahun hadapan? Wallahualam. hanya tuhan yang tahu. 
Hanya insan yang menjalani Ramadan dengan penuh khusyuk dan ihlas akan merasakan kehilangan Ramadan dan kegembiraan tibanya Syawal. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan