Jumaat, 8 Mei 2009

manusia kadang-kadang lupa siapakah mereka, dari manakah mereka datang dan apakah janji-janji yang telah mereka ungkapkan ketika Allah mempertanggungjawabkan meraka di muka bumi. kelekaan dan keseronokkan yang seketika membuat mereka lupa yang azali. dunia hiburan kini telah banyak memberi kesan kepada pemikiran dan kehidupan sosial masyarakat terutamanya remaja. pemaparan unsur-unsur negatif yang terlalu kerap menerusi filem ataupun drama yang kebanyakkannya dihasilkan oleh pembikin melayu kini semakin merisaukan. seharusnya seseorang pembikin filem memikirkan kesannnya kepada masayarakat terhadap apa yang dihasilkan bukannya hanya melihat keuntungan sebagai keutamaan. seharusnya tidak adil untuk mengatakan semua filem atau drama yang terhasil tidak baik, masih terdapat filem dan drama yang mampu mengubah diri seseorang dari negatif kepada yang positif. akan tetapi jumlahnya hanya kecil. penngarah muda kini dilihat gemar memaparkan unsur-unsur negartif dalam filem berbanding unsur positif. diharapkan perkara ini menjadi satu topik yang harus diperbincangkan oleh penggiat industri hiburan bagi mengelakkan masalah berkaitan menjadi semakin meruncing.

1 ulasan:

  1. kadang-kadang malu tengok anak muda sekarang. tak ada segan dan silunya lagi pada yang lebih tua. mereka macam hidup dalam dunia mereka sendiri.

    BalasPadam