Isnin, 1 Jun 2009

Aku Bangga Kerana Aku Seorang Guru

Aku bangga menjadi seorang guru. Walaupun tugas guru semakin hari semakin mencabar, Namun itu merupakan satu cabaran yang harus aku tempuhi dalam memartabatkan anak bangsa. Sahabat-sahabat semasa aku menuntut di UiTM ramai yang bertanya mengapa aku menukuar bidang dari dunia seni kepada dunia pendidikan. Pastinya ramai yang kecewa apabila aku tidak meneruskan bidang tersebut. Bagi aku, dunia seni adalah dunia yang di dalamnya terdapat kekosongan dan tidak mampu memberikan aku satu kepuasan. Berbeza dengan dunia pendidikan. di mata aku dunia pendidikan penuh dengan kemulian dan diredhai allah sekiranya jujur dan amanah dalam tugas yang diberikan.
Bagi aku, dunia pendidikan merupakan satu bidang yang telah lama aku idamkan. Namun pada ketika dahulu aku tidak diberi peluang untuk merealisasikan impian tersebut. Kini tuhan telah membuka jalan kepada aku untuk menjadi seorang guru. Aku rasa tidak rugi menghabiskan masa selama 6 tahun ketika di UiTM dan kini mengubah haluan pekerjaan ku. Biarlah apa yang orang nak kata tapi aku ge,mbira kerana kini aku bergelar guru . Akan aku jalankan tanggungjawab aku ini dengan penuh dedikasi dan intergriti.

Kepada sahabat-sahabat ku semasa di UiTM dan di IPGM Ipoh, terima kasih kerana menjadi sahabatku dan akan aku ingati segala kenangan bersama sehingga akhir hayat.





1 ulasan:

  1. takpa amir, baguih hang pilih jadi cikgu, kak ina pun tukaq kos amik cikgu, aku pun keja kerani ja, mmg lari pada bidang, yg penting kita nak cari rezeki halal dan kita ada cita2 sendri. (epon) bila nak kawen?

    BalasPadam